About

Gerila Media



Gerila Media adalah satu label media elektronik yang menaungi GM Santai dan GM Hiburan. Ditubuhkan pada 7 Disember 2011 dan bertujuan untuk menyaingi media-media lain terutama media mainstreem dalam menyalurkan maklumat-maklumat berbentuk gambar dan foto kepada orang awam.

Kami mengamalkan prinsip santai dimana boleh dikatakan kesemua blog post kami tidak mempunyai sebarang penerangan dalam bentuk perkataan kerana kami percaya dimana orang ramai lebih berminat dengan gambar-gambar berbanding membaca. Bukan menjadi tujuan kami untuk mencegah budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Kami percaya dengan blog post seperti ini, pelawat terutama sekali golongan berkerja sedikit sebanyak akan dapat menjimatkan masa mereka dan kembali melakukan tugas harian mereka.

Kami menggunakan platform Blogger kerana fungsi integrasinya dengan produk-produk Google yang lain. Selain itu, perkhidmatan penstoran imej percuma melalui picasa dan fungsi meng-upload gambar secara pukal juga menjadi pilihan kami untuk membolehkan para pelawat menikmati banyak gambar dalam satu-satu masa. Kualiti server yang ditawarkan oleh blogger juga adalah yang terbaik berbanding mana-mana hosting lain. Ini bermakna, anda dapat menikmati isi kandungan blog kami pada bila-bila masa saja yang anda mahukan.

Mengenai pengiklanan di blog-blog kami, ianya adalah diperlukan oleh pihak kami kerana pendapatan daripada iklan sedikit sebanyak dapat membantu kami dalam penyediaan blog post. Ibarat kereta yang bergerak menggunakan petrol, kami juga perlukan faktor penggerak. Diharapkan para pelawat dapat memahami tujuan pengiklanan di blog ini.

Gerila Media boleh dihubungi melalui;
Facebook
Twitter
Google+
E-mail : gerilamedia(at)gmail(dot)com

GM Santai - Relaks Lepak Cuci Otak



GM Santai adalah salah satu produk Gerila Media. Blog ini memfokuskan kepada gambar-gambar dan video-video lawak, kelakar, WTF, automotif, rekaan bangunan, komik, meme dan macam-macam lagi. Mempunyai misi untuk membantu para pelawat menenangkan fikiran, mengurangkan stress secara take 5 di sini.

GM Hiburan - Gambar Artis Dan Selebriti



GM Hiburan juga merupakan salah satu lagi produk Gerila Media. Blog ini memfokuskan kepada gambar-gambar dan video-video mengenai artis serta selebriti tempatan dan antarabangsa. Sesuai untuk yang ingin mengambil tahu tentang perkembangan artis kegemaran mereka. Blog ini juga menerbitkan info mengenai acara-acara hiburan di seluruh pelusuk tanah air. Tiada sebarang gossip atau khabar angin melainkan gambar atau video yang mewakili cerita sebenar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...